HELIZA

November 28th, 2007

Nur Heliza binti Helmi atau dikenali sebagai Heliza (lahir 3 Februari 1986 - ) merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5. Berbekalkan pengalaman dan bakat beliau dalam menyanyi, menari dan mendeklamasi sajak, beliau telah memberanikan diri untuk memasuki Akademi Fantasia. Ini dilakukan untuk beliau mendalami ilmu-ilmu berkenaan nyanyian dan juga ilmu-ilmu lain yang berkaitan.

Peribadi

Dilahirkan pada 3 Februari 1986, beliau merupakan anak kepada seorang anggota polis, Helmi bin Haji Mohd Hasbi yang berasal dari Perak dan kini bertugas di Tawau, Sabah. Ibunya, Latifah binti Muhammad berasal dari negeri Terengganu. Berpewatakan pendiam namun petah apabila berkata-kata. Jadi, tidak hairanlah beliau terpilih untuk menyertai pertandingan pidato peringkat negeri dan kebangsaan walaupun hanya memegang peranan sebagai perserta simpanan.

Selain daripada itu, beliau mempunyai ciri-ciri anak solehah yang dibuktikan dengan sikapnya yang sering bersama ibunya sekiranya keluar ke mana-mana. Hubungan beliau bersama ibu bapa dan adik-beradiknya adalah amat utuh. Beliau gemar melayan karenah adik-adik kecilnya dan hobi menyanyinya dilakukan apabila beliau berehat semasa belajar. Kebiasaannya beliau belajar pada waktu lewat malam sehingga awal pagi.

Sifatnya yang mudah mesra menyebabkan beliau memiliki ramai sahabat handai. Beliau menjadikan persahabatan sebagai medium untuk berkongsi ilmu. Malahan beliau menjadikan pengalaman sebagai sumber ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama kenalannya.

Kesungguhan Heliza dalam bidang pelajaran telah membawanya ke Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mengambil Sains Pendidikan sebagai jurusan beliau di universiti tersebut.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia

  • Konsert Pertama : “Kau Pergi Jua” - nyanyian asal oleh Adam Ahmad
  • Konsert Kedua : “Aku Bukan Untukmu” - nyanyian asal oleh Rossa
  • Konsert Ketiga : “Melodi Ahlan” - nyanyian asal oleh Waheeda
  • Konsert Keempat : “Torn” - nyanyian asal oleh Natalie Imbruglia
  • Konsert Kelima : “Diam-Diam Jatuh Cinta” - nyanyian asal oleh Ramlah Ram
  • Konsert Keenam : “Nafas Cahaya” - nyanyian asal oleh Misha Omar
  • Konsert Ketujuh : “Rindu Merindu” - nyanyian asal oleh Fauziah Idris
  • Konsert Kelapan : “Kesal” - nyanyian asal oleh Ella
  • Konsert Kesembilan : “Ya Atau Tidak” - nyanyian asal oleh Erra Fazira
  • Konsert Akhir : “Cinta Boneka” - nyanyian asal oleh D-Va
  • Konsert Akhir : “Cinta Di Lautan Lalang” - ciptaan oleh Aidit Alfian dan lirik oleh Loloq

  • Heliza

    Share This Post

    Posted by Mr Am on November 28th, 2007 | Filed in Heliza |

    One Response to “HELIZA”

    1. December 2nd, 2008 at 9:36 am

      lala~ Identicon Icon lala~ said:

      wah..fan heliza rupenyer..unbelieveble..:d

      [Reply]

    Please leave a Comment

    :) :( :d :"> :(( :d/ :x 8-| /:) :o :-? :whistling: :-w ;) [-( :)>- more »