M.A.L.U
March 27th, 2008
“Alkisah ada seorang budak bandar
(city boy) yang bernama Joni. Dia yang
dibesarkan dalam kehidupan moden telah
ditakdirkan bertemu jodoh dengan
seorang perempuan kampung.
Seperti biasa, pengantin lelaki mesti
tinggal kat rumah isteri lepas akad
nikah sementara menunggu majlis
persandingannya. Jadi duduklah Joni
dengan isterinya… malam pertama.. Si
isterinya pun mengajak Joni makan
malam bersama keluarganya.. kebetulan
ramai pulak sedara mara isterinya di
rumah pada masa tu.. ye lah nak sambut
menantu.. ramailah sedara mara.
Si Joni yang memang seumur hidup tak
pernah pakai kain pelikat kat rumah
telah diberikan sehelai kain pelikat
untuk dipakai malam itu.. maka
dipintal-pintal secukup rasa sajalah
kain pelikat yang dipakainya itu..
Adat makan dikampung bersila.. Joni ni
pulak tak biasa bersila.. city boy..
makan di meja.. Oleh kerana keluarga
semua sedang menunggu..terpaksalah
Joni ni memaksakan kakinya duduk
bersila…
Sedang terkial-kial dan tertonggek-
tongggek nak bersila tu.. tah macamna
terKENTUT pulak Joni depan keluarga
isterinya… Satu keluarga yang sedang
bersila tergamam..
Joni yang nak ‘cover’ malu terus
menekup mulutnya sambil ketawa
kecil.. “EHEK..” dengan serentak..
keluarlah HINGUS Joni meleleh di
hidung…
Punyalah nak ‘cover’ hingus dia itu…
diangkat pulak kain pelikatnya nak lap
hidungnya… !! Maka terjulurlah Awang
Liku si Joni yang sedang tidur sambil
direnung oleh sanak saudara isterinya
yang sedang terkejut… Maka tamatlah
cerita Si Joni “SATU MINIT.. 3 KALI
MALU..” “


Please leave a Comment